Blogspot | Ulasan | SEO

Breaking

Thursday, 4 January 2018

Cara Semak Domain Authority Untuk Ketahui Ranking Web

Pastinya ramai blogger Malaysia tidak berapa tahu mengenai Domain Authority (DA); terutamanya untuk menjadi daya pengukur kekuatan sesebuah blog atau laman web. Jika anda ada blog, ada laman web .. maka anda perlu serius memastikan bahawa blog dan laman web anda mempunyai skor DA yang baik.

Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini kurang ambil peduli mengenai DA, tetapi sejak Google Pagerank (PR) tidak lagi menjadi rujukan untuk kekuatan sesebuah blog dan laman web, maka saya mencari alternatif untuk membolehkan blog saya diukur dari segi teknikal. Ia penting terutama apabila ada pengiklan terutama daripada luar negara yang mahukan statistik teknikal kekuatan blog.

Domain Authority atau DA ialah merupakan satu metrik yang dibangunkan oleh SEOMoz, untuk mengukur kekuatan dan keupayaan sesebuah blog atau laman web untuk disenaraikan (rank) di dalam enjin-enjin carian di internet. DA menggunakan skala algorithmatik dari 0 ke 100. Semakin tinggi skor DA samada untuk domain ataupun untuk blog post, maka semakin berpotensi ia berada di ranking terbaik dalam enjin carian.

Untuk ketahui skor DA anda, boleh cuba ke pautan berikut -http://www.seoreviewtools.com/website-authority-checker/ dan masukkan URL domain blog anda.


Halaman untuk masukkan url laman web

Skor Domain Authority Web Anda Dipapar

Skor Page Authority Web Anda Dipapar

Hartanah|Saham|Viral Di Internet|Jalan-Jalan Cari Makan|Tips|Cerita Lawak
www.azman.men

No comments:

Post a Comment