Blogspot | Ulasan | SEO

Breaking

Thursday, 4 January 2018

Cara Terbaik Meningkatkan SEO Melalui ADSENSE


Ini adalah cara atau tips terbaik menaikkan ranking laman web menggunakan Adsense yang perlu anda ikut, terutama sekali untuk blog-blog dan blogger baru. Siapa yang masih belum mendapat akaun penuh Google Adsense, baca 9 tips Adsense ringkas ini sebelum anda apply untuk akaun penuh.

Tips Adsense #1 - Dilarang sama sekali untuk klik iklan Adsense yang keluar di blog anda. Malah anda dilarang untuk arahkan pengunjung dan pembaca blog untuk klik iklan Adsense tersebut.

Tips Adsense #2 - Berfikiran sebagai pengguna internet. Tulis entri yang boleh berikan manfaat dan penyelesaian masalah kepada mereka yang mencari. Mudahkan mereka mencari info berkaitan di dalam blog anda. Banyak blog yang gagal dapat Adsense penuh kerana masalah navigasi, dan masalah sukar untuk pengunjung baca post anda yang lain.

Tips Adsense #3 - Jadikan blog anda selamat untuk semua peringkat umur. Perhatikan kandungan blog anda terutama yang terdahulu sebelum anda memohon akaun penuh Adsense. Pihak Adsense sangat prihatin dengan tajuk, kandungan, ayat, malah perkataan digunakan dalam penulisan entri blog anda. Jangan sesekali gunakan perkataan-perkataan yang dilarang - yang tidak sesuai dibaca oleh seorang kanak-kanak atau orang tua (ini prinsipnya). 

Tips Adsense #4 - Kerap update dan tulis entri baru di dalam blog anda. Blog yang sering dikemaskini sangat disukai oleh Google. Ia menunjukkan bahawa blog anda aktif memberikan info bermanfaat pada pembaca. Dan cuba elakkan meletakkan iklan Adsense terlalu banyak dalam sesebuah page .. ia akan menyebabkan income blog menerusi Adsense jadi kurang baik.

Tips Adsense #5 - Elakkan menggunakan layout atau rekabentuk blog yang memungkin pengunjung dan pembaca tersilap klik iklan Adsense. Tidak dibenarkan meletakkan iklan Adsense terlalu hampir dengan imej yang boleh diklik. Kena jarakkan iklan Adsense dan iklan lain .. 

Tips Adsense #6 - Elakkan rekabentuk blog yang 'menolak' kandungan blog ke bawah melebihi 'lipatan' pertama paparan blog anda. Contoh .. bila anda buka blog anda samada menerusi desktop atau peranti mudah-alih seperti smartphone, pastikan ia perlihatkan konten blog anda dahulu sebelum iklan keluar. Jika Adsense mengesannya, iklan mungkin tak akan muncul dan blog anda akan terima penalti kerana rekabentuk ini.

Tips Adsense #7 - Jangan duplikasi kandungan blog anda samada blog sendiri atau daripada blog orang lain. Google Adsense sangat marah kalau blog anda adalah sebuah blog copy-paste. Blog mungkin boleh dapat trafik tinggi, dan jana income USD Adsense yang banyak .. tapi awas, anda mungkin hadapi masalah bila nak keluarkan income itu nanti. 

Tips Adsense #8 - Pastikan trafik blog anda secara keseluruhannya datang dari enjin carian. Jika anda melihat bahawa blog anda dapat trafik lebih tinggi dari sumber lain, contohnya seperti Facebook, Babab.net, Instagram atau yang seumpamanya .. cepat-cepat buat sesuatu untuk tingkatkan sumber trafik menerusi carian. Gunakan Google Analytics untuk pantau trafik blog anda.

Tips Adsense #9 - Jangan ubahsuai kod Adsense. Larangan keras kepada mana-mana blogger atau blog yang ubahsuai kod Adsense untuk dapatkan lebih banyak klik. Seringkali rujuk pada Adsense untuk tatacara betul meletakkan kod iklan Adsense dalam blog.


Hartanah|Saham|Viral Di Internet|Jalan-Jalan Cari Makan|Tips|Cerita Lawak
www.azman.men

No comments:

Post a Comment