Blogspot | Ulasan | SEO

Breaking

Thursday, 4 January 2018

Nasi Lemak Tanglin Sejak 1948


Ulasan kali ini tentang Nasi Lemak Tanglin yang dikatakan terkenal di kalangan penduduk warga KL. Kedudukan gerai nasi lemak yang berada di kawasan 'food court' sangat strategik kerana mempunyai tempat letak kereta yang luas dan PERCUMA. Kenapa saya highlight percuma? Di tengah KL ni mana nak cari percuma beb...kencing pon kena bayarkan.
Gerai nasi lemak ini juga betul-betul berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Jadi lokasinya sangat strategik.

Ok sekarang saya nak komen sikit tentang nasi lemak Tanglin ni yang dikatakan menjadi kegilaan warga Kuala Lumpur untuk bersarapan pagi atau orang KL kata breakfast. Nak kata sedap tu, bagi saya ni penggemar nasi lemak ni komen saya bolehlah.

Ini adalah ulasan saya secara jujur, sebab semua bayar sendiri ye. Satu saja yang x best, harga rasanya mahal. Dengan lauk hanya kerang, telur rebus goreng sebiji, sikit bilis goreng dan timun beserta sambal, harganya RM7.50 dan teh tarik RM1.50


RATING SAYA
Rasa: 3/5
Penyediaan: 3.5/5 (guna daun pisang)
Harga: 2/5 (rasa macam mahal sebab biasa sarapan kat kampung...hihi)
Lokasi: 4/5 ('parking' percuma tapi susah nak dapat kosong)
Keadaan sekeliling: 3.5/5 (ada band buat persembahan di belakang kedai)





Hartanah|Saham|Viral Di Internet|Jalan-Jalan Cari Makan|Tips|Cerita Lawak
www.azman.men

No comments:

Post a Comment