Erra dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin memang mahu timang anak awal, tapi terpaksa menunggu juga sehingga setahun. Erra kini sedang hamil tiga bulah. Beratnya naik 4 kg tapi semakin berseri pula.
Erra jadi tumpuan semasa hadir dalam majlis berbuka puasa ajuran pihak stesen radio Suria FM baru-baru ini. Erra tak kisah walaupun badannya berisi asalkan anak yang sedang dikandung sihat. Erra juga tak malu minta tip daripada rakan-rakan yang pernah hamil.
Sekarang peminat nak tahu lebih lanjut pasal kandungan Erra. Apabila disahkan mengandung, peminat nak tahu pula apakah jantina bayinya. Erra membayangkan anaknya mungkin lelaki kerana sikapnya berubah kasar sejak hamil.
“Ramai orang kata anak Erra mungkin lelaki kerana Erra nampak lebih kasar. Malas Erra juga jadi malas nak mencantikkan diri sehingga jurusolek pun perasan wajah saya nampak semakin kasar” jelasnya.

