Blog MNazman.com

Arab Pukau - Rampas dompet mungkin sindiket Antarabangsa

by admin on Jun.30, 2008, under From Email

mainpix.jpg

Merujuk pada?artikel “Rampas Dompet”?dibawah dari

harian metro. Selepas terbaca artikel ini tergerak saya hendak menceritakan pengalaman?benar saya dan kawan-kawan ? dengan pemukau Arab yang menggunakan modus operandi yang sama tapi di Khartoum, Sudan. Kejadian ini adalah lebih kurang setahun yang lalu. nampaknya dah merebak ke Malaysia..

Saya kebetulan baru pulang dari Malaysia untuk kembali bertugas di sebuah negara Afrika. Seperti biasa bertanya dengan kawan-kawan tentang cerita terkini di sana. Jadi, ada seorang sahabat menceritakan yang beberapa rakan saya yang lain telah di[pukau dan dirompak wang mereka oleh sepasang kelamin Arab yang hendak bertanya pasal “money changer”. Ada yang hilang 2-3 ratus US…

Saya pun ye la taklah ambik port sangat sebab tak kena lagi..setakat cerita… Dua hari selepas itu, selepas solat maghrib saya dan rakan saya yang bercerita tu la? hendak pergi ke rumah rakan kami yang lain. Sebaik?saja melintas jalan menuju ke kereta, berhenti sebuah kereta di seberang jalan dan meng”hon” dan memanggil saya. Kita ni biasala orang Malaysia penuh budi bahasa…pun pergilah. Pemandu kereta itu seorang lelaki Arab..bertanya.. “Where is money changer”?.. Saya pun cuba explain…masa tu saya di tingkap kereta sebelah pemandu…Dia seperti tak faham dan tanya soalan itu berkali-kali ..macam kalut gitu…kemudian pasangan dia memanggil saya ke tingkap dia…so saya pun ntah macamana ikut jela…mungkin sebab nak tolong awek Arab tu..eheheh…

Dia sibuk bertanya dengan kalutnya?mana nak tukar duit..dia dari Dubai..tak tahu duit sudan macamana…”show me..show me.” kata..di tanganya dia pegang USD100…Dalam keadaan kalut-kalut dan kepelikan Saya hampir mengeluarkan duit dari kocek seluar saya..tiba-tiba saya terdengar hon kereta yang kuat datang dari rakan saya..dan melihat isyaratnya suruh datang pada dia dengan segera…Saya pun teringat cerita kawan saya tu 2 hari yang lepas….lekas2 saya lari kearah kereta kami di seberang jalan…(nasib juga tiada kereta lain lalu lalang di masa itu.. belum sempat saya sampai ke kereta saya..pasangan Arab tadi dah lesap…Masuk je dalam kereta seperti kebingungan…kawan saya pun memarahi saya kenapa melayan pasangan Arab tu.. Dia tengok saya macam nak bawak keluar duit je tu yang di hon kuat-kuat…Alhamdulillah saya selamat dari pukau tu..kalau tak saya ingat lesap dah duit makan saya…terpaksa buat advance…

Tak sangka plak dah sampai Malaysia penyangak-penyangak ni… Bukan kami je ..pendatang asing yang lain pun kena..sehingga ada seorang juruwang di kaunter sebuah restoran berketurunan asing pun?kena di restorannya semasa membuat pembayaran. Habis duit dalam cash register tu.

So nak minta saudara hizam sebarkan kat kawan-kawan jangan percaya sangat sesiapa pun kalau tanya soalan pelik2 dalam keadaan kalut…Mereka buat2 nak tahu macamana rupa duit tukaran lah…kalau tanya mana money changer suruh dia pergi bank je….

sekian… kalau mereka tak bagi salam…kita bagi salam dulu..Mungkin yang bukan Arab pun boleh buat terutama dari negara Afrika…

tak perlu salam atau sambut salam mereka kot….lebih penting berhati-hati. Jangan sekali-kali mengeluarkan dompet anda yang penuh berisi duit tu…Dah la sekarang ni minyak mahal, barang nmahal..kena pulak kaporrr dgn set-set ni isshhhh..tak ke sesakkkkk be….



2 comments for this entry:
  1. Digital Review

    Thanks…

    Great information! I’ve been looking for something like this for a while now. Thanks!…

  2. Digital Review

    Thanks…

    I’ve visited many blogs,forums, but this time:How your fantastic forum is . It makes me surprise….

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...